Mangsa ribut tropika Nalgae yang melanda Filipina pada Sabtu kembali ke kediaman masing-masing selepas angin ribut berkelajuan 130 kilometer sejam itu membadai kebanyakan kawasan selatan.
Ribut berkenaan pada awalnya mencatatkan 72 mangsa korban, namun pihak berkuasa mengesahkan bahawa 45 terkorban selepas semakan semula dibuat.